Index» » » » » » » » » » » » » SEGERA Pelbagai Senjata Automatik Termasuk Raifal AK 47 Dirampas Di Naka Kedah!

SEGERA Pelbagai Senjata Automatik Termasuk Raifal AK 47 Dirampas Di Naka Kedah!

Rabu, 01 Januari 2014


ALOR SETAR – Pelbagai jenis senjata api dirampas dalam satu serbuan ke atas ebuah kedai kosong di Naka di sini, awal pagi tadi, lapor NST Online.

Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, antara jenis senjata yang dirampas termasuk tiga raifel Kalashnikov AK-47, tiga laras Colt M4 Carbine, senjata api buatan sendiri dan pistol Beretta semi automatik serta 11 kelopak peluru kosong untuk pelbagai jenis senjata.

Katanya, dalam serbuan jam 5 pagi itu, polis turut merampas lima guni baja urea dan dua tin yang dipenuhi peluru pelbagai saiz.

Ahmad berkata susulan daripada serbuan itu, polis telah menahan dua lelaki berusia 50 dan 53 tahun di dua lokasi berasingan.

“Suspek pertama ditahan ketika serbuan manakala suspek kedua ditahan di Kuala Kedah kira-kira jam 1 petang tadi.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjata Api,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar