Index» » » » » » » » Apa Sudah Jadi Dengan Muka Edry KRU

Apa Sudah Jadi Dengan Muka Edry KRU

Rabu, 01 Januari 2014


KL, 18 SEPT 2012: Sudah menjadi adat dalam dunia seni hiburan tempatan, setiap kali munculnya sesebuah kumpulan vokal atau muzik baru, sudah pasti ahli kumpulan yang memiliki wajah yang tampan atau jelita lebih mendapat perhatian daripada peminat.

Apa Sudah Jadi Dengan Muka Edry KRU?

Malah, media pun terutama sekali majalah lebih gemar menggunakan mereka ini sebagai penghias kulit hadapan. Kalau Murai Batu nak beri contoh, mungking terlalu ramai rasanya.

Jadi, tidak hairanlah ketika di awal kemunculan kumpulan trio adik-beradik, KRU yang dibarisi Norman, Yusry dan Edry, nama Yusry lebih menjadi perhatian peminat. Betul tak dik non dik non?

Namun, selain Yusry, Edry juga boleh dikatakan berjaya menyaingi ketampanan wajah abangnya si Yusry itu.

Pun begitu, Murai Batu terkejut apabila diberitahu tentang kisah terbaru tentang Edry tatkala dia pulang dari rumah terbuka KRU yang telah diadakan di kediaman Norman pada penghujung minggu lalu.
Menurut teman Murai Batu itu, dia amat terkejut apabila melihat wajah Edry yang boleh dianggap berlainan. Dengarnya, wajah Edry tidak lagi seperti dahulu yang mana perbezaannya jelas ketara dapat dilihat di bahagian hidung Edry. Hah, biar betul?

Ditanya apa sudah terjadi, teman Murai Batu itu tidak tahu apa yang berlaku. Namun, ada desas-desus mengatakan Edry telah melakukan sesuatu untuk kelihatan lebih tampan dan nampak lebih muda.

Apa? Takkanlah Edry dah buat hidung kot? Pun begitu, ada juga sumber mengatakan wajah Edry kelihatan berbeza dek kerana dia kini sudah semakin kurus dan cekung di bahagian muka. Sebab itulah, wajahnya berubah dan sudah jadi lain.

Selepas dengar cerita ini, Murai Batu membanding wajah Edry yang dulu dan sekarang. Ternyata, amat berbeza. Apa kes pun, Murai Batu nak tahu jugalah jawapan dari Edry sendiri. Benarkah wajahnya sudah berubah terutama sekali di bahagian hidung.

sumber



Tidak ada komentar:

Posting Komentar