Index» » » » » » » Budak Perempuan 3 Tahun Dijangkiti Sifilis

Budak Perempuan 3 Tahun Dijangkiti Sifilis

Kamis, 13 Maret 2014


Budak Perempuan 3 Tahun Dijangkiti Sifilis
Budak Perempuan 3 Tahun Dijangkiti Sifilis - GLASGOW : Seorang budak perempuan berusia tiga tahun mengejutkan doktor apabila dia didapati menghidap penyakit kelamin berbahaya, sifilis, selepas ibu bapanya menyedari ada kudis pada tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyakit yang hanya boleh dijangkiti menerusi hubungan seksual itu membingungkan doktor dan satu siasatan segera dibuat bagi mengetahui puncanya.
Seorang doktor, Carol Cooper menyatakan seseorang individu mungkin tidak menyedari dia menghidap sifilis.
Jika tidak dirawat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun, ia boleh mengakibatkan lumpuh, nyanyuk dan mati.
“Ia mudah dirawat menggunakan antibiotik. Namun pada hakikatnya bahawa seorang kanak-kanak menghidapnya sukar diterima,” kata Cooper. – Agensi



Tidak ada komentar:

Posting Komentar