Index» » » » » » » PKR Perlis gempur kubu kuat Umno

PKR Perlis gempur kubu kuat Umno

Kamis, 06 Maret 2014

Wartawan Sinar Harian
16 Februari 2013
PRU13
PRU13
KANGAR - PKR Perlis akan menggempur kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusinya, Tengku Nadzri Tengku Adlin berkata, parti itu akan cuba menembusi beberapa kawasan yang dikenal pasti untuk menyalurkan maklumat sebenar kepada rakyat.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi membolehkan rakyat membuat keputusan tepat untuk memilih calon atau parti yang layak mentadbir negeri ini selepas PRU13.

“Saya difahamkan, kebanyakan kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN adalah kawasan pedalaman dan mundur.

“Kawasan ini sebenarnya tidak mendapat maklumat sebenar seperti tempat yang sudah maju. Sebab itu ia menjadi kubu kuat mereka,” katanya.

Menurutnya, PKR akan menggempur kawasan berkenaan agar rakyat mengetahui apa yang berlaku di negeri ini sepanjang pemerintahan BN sejak puluhan tahun lalu.

Beliau mendakwa penduduk di negeri maju menyokong Pakatan Rakyat (PR) kerana mendapat maklumat lengkap seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar