Index» » » » » » » Tiada Sebab Nak Jatuhkan Aeril Wawa

Tiada Sebab Nak Jatuhkan Aeril Wawa

Rabu, 05 Maret 2014


Penerbit Metrowealth Sdn Bhd (MiG), David Teo menyatakan dia tiada sebarang sebab atau motif untuk menjatuhkan artis di bawah naungan syarikatnya, Wawa Zainal dan juga bekas anak didiknya, Aeril Zafrel.

Sebelum ini, Wawa ada memuat naik status di laman Twitter mengatakan ada seseorang yang mahukan dirinya membenci Aeril.

Lantas ramai membuat kesimpulan bahawa individu itu adalah David sendiri.

Mengulas mengenai perkara itu, David berkata, “kenapa pula mengaitkan saya mempunyai niat untuk menjatuhkan mereka, sedangkan selama ini saya bersusah payah menaikkan mereka, mahu bagi mereka popular”.

“Saya ibarat bapa kepada semua artis di bawah naungan MiG, takkan say amahu lihat anak saya gagal dalam kehidupannya,” jelas David yang dipetik menerusi Berita Harian, hari ini.

Berhubung kemelut ini, Aeril dan Wawa dijangka membuat sidang media khas pada Jumaat ini untuk menjelaskan segala dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka sebelum ini.

Oleh: AUDREY LEE



Tidak ada komentar:

Posting Komentar