Ketika Kentut menjadi penyebab keretakan hubungan suami isteri dalam rumah tangga

Senin, 30 Desember 2013


Di South Carolina, gas alam berbau dahsyat dari seorang suami telah menyebabkan keretakan hubungan suami isteri. Polis  ikut terlibat untuk menangani masalah tersebut.

Kamu mungkin tak akan percaya dengan betapa banyaknya kes-kes unik yang ditimbulkan oleh gas semula jadi dari tubuh kita itu. Konflik yang ditimbulkan oleh kentut kali ini terjadi di South Carolina, Amerika Syarikat.
Masalah bermula ketika Michael Manatis, 46, mengeluarkan gas itu dari perutnya yang menurut sang isteri, Shannon Manatis, 41, berbau "amat tak sedap sampai membuat dirinya ingin muntah."

Menurut laporan polis, Shannon kemudian mengambil sebotol spray pewangi ruangan beraroma vanila dan menyemburkannya ke tubuh sang suami di "area tertentu". Tapi suaminya menyebutkan keterangan berbeda. Michael mengatakan jika spray tersebut disemburkan ke kedua matanya.

Michael lalu membalas dengan melempar air serta sebotol air mineral ke arah Shannon. Tapi kali ini isterinya yang memiliki keterangan berbeda. Shannon mengatakan yang benda yang mengenai belakang kepalanya bukan air ataupun botol air mineral, melainkan sebuah gelas berisi teh.

Kerana cerita keduanya saling bertolak belakang, seorang anggota polis lalu ditugaskan untuk mencari kejelasan dari konflik tersebut.
"Ketika saya datang pertama kali ke tempat kejadian, terlihat sebuah cairan bening di belakang pintu dan di lantai. Cairan ini tidak nampak seperti teh, saya percaya jika itu adalah air biasa," kata si petugas.

Setelah berkonsultasi dengan hakim setempat, penyiasat kemudian memutuskan yang kes ini terlalu ringan untuk dilanjutkan secara hukum.

Read More..

Kesah Unik Wanita ini jatuh cinta pada rambutnya sendiri

14 Jul 2013

 
(c) dailymail.co.ukVemale.com - Rambut merupakan mahkota wanita yang paling sering mereka banggakan. Kebanyakan wanita juga sering sekali memelihara rambut mereka hingga panjang, kerana lebih menggambarkan sosok feminin seorang wanita. Namun wanita China yang satu ini punya kebiasaan yang unik dan dan aneh.

Wanita ini, Cen Yingyuan  belum pernah memotong rambutnya dalam 11 tahun terakhir. Wanita 44 tahun ini mengaku bahawa dia merasa cinta mati dengan rambutnya yang sepanjang 5 kaki tersebut. Tinggi wanita ini berselisih setengah ukuran lebih pendek dari rambut panjangnya yang menjuntai itu.

Rambut wanita ini memang akan mencuri perhatian ketika sedang berjalan di depan umum. Namun bagaimanapun Cen merasa bangga dengan keunikan rambutnya itu. Yang tidak kalah unik lagi adalah, wanita ini boleh mengumpulkan rambut-rambutnya yang berjatuhan di lantai. Ia memulai kebiasaan ini sejak tahun 2005. Dalam setahun, dia bahkan mampu mengumpulkan rambut rontoknya sebanyak 50 gram.
(c) dailymail.co.uk
Tak lain dan tak bukan, hal ini disebabkan oleh kecintaannya pada rambut panjangnya itu. Namun ternyata rambut panjang Cen juga menarik perhatian ramai  orang. Ada yang berminat membeli rambut Cen hingga menawar sekitar Rp 30 Juta. Rambut panjang Cen memang memikat dengan warnanya yang hitam legam dan tak ada uban sama sekali. Cen mengatakan bila ada uban, maka ia akan mengecat rambutnya menjadi putih.
(c) dailymail.co.uk
Salah satu kelemahan rambut panjang Cen adalah menyusahkan ketika  dicuci. Perlu waktu lebih dari sejam untuk mengeramasinya dan perlu sekitar setengah hari untuk mengeringkannya. Tahukah anda rahsia kecantikan rambut Cen yang bersinar? Rupanya wanita ini menggunakan sebotol bir untuk menjaga kemilau indah rambutnya.
Mungkin banyak wanita suka rambut panjang, namun tidak banyak yang dapat  memanjangkan rambut seekstrim Cen. Hmm, ada yang berminat memanjangkan rambut seperti cara Cen, Ladies?
(vem/gil)
Read More..

Mesti Baca!! Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi

Minggu, 29 Desember 2013



Mesti Baca : Tips Penting Untuk Keselamatan Penumpang Teksi | Dikongsikan dari laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Kebelakangan ini sering dilaporkan mengenai jenayah yang melibatkan pengangkutan perkhidmatan awam, iaitu teksi.

Di sini kami berikan beberapa tips keselamatan yang boleh dijadikan panduan kepada penumpang teksi untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan tersebut, agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah segelintir pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

1. Perhatikan keadaan teksi sebelum menaikinya. Jika bahagian dalaman kereta tidak mempunyai pemegang pintu atau butang kunci, segera batalkan niat anda untuk menaiki teksi tersebut.

2. Jadikan sebagai tabiat untuk menghafal dan catat nombor plat teksi serta maklumat pemandu yang kebiasaannya ditampal pada papan pemuka (dashboard). Ambil gambar maklumat-maklumat berkenaan menggunakan telefon /kamera jika boleh.

3. Segera hubungi keluarga atau rakan dan bercakap dengan nada yang boleh didengari oleh pemandu teksi dengan menyatakan anda sedang berada di dalam kenderaan tersebut, dan beri anggaran waktu pukul berapa anda akan tiba ke destinasi.

4. Elakkan menaiki teksi yang telahpun mempunyai penumpang lain di dalamnya.

5. Elakkan daripada duduk di bahagian depan dan pastikan telefon sentiasa di tangan.

6. Berteman terutamanya kepada kaum wanita jika anda terpaksa menaiki teksi pada lewat malam. Gunakan alternatif lain terlebih dahulu seperti menghubungi ahli keluarga untuk mengambil anda atau bermalam di rumah rakan yang boleh dipercayai jika situasi tidak mengizinkan untuk anda pulang lebih awal.

7. Membuat tempahan secara online dengan syarikat teksi yang bereputasi baik. Ia bagi memudahkan anda membuat semakan maklumat teksi yang diberi adalah tepat dengan kenderaan yang dihantar.

8. Penggunaan aplikasi tempahan teksi juga didapati merupakan cara yang selamat bagi wanita yang terpaksa pulang ke rumah pada lewat malam. MyTeksi adalah contoh aplikasi yang disediakan kepada pengguna Android dan iPhone di Malaysia bagi tujuan tersebut.

9. Akhir sekali, percaya kepada naluri hati anda. Jika rasa tidak sedap hati dengan keadaan teksi atau penampilan pemandu yang mencurigakan, JANGAN NAIKI TEKSI TERSEBUT! Tidak perlu rasa bersalah dengan tindakan itu kerana anda perlu percaya pada diri sendiri lebih daripada orang lain.

Kongsikan dengan kami jika anda mempunyai tips keselamatan lain ketika menaiki teksi yang boleh dipraktikkan demi kebaikan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.

media-siber
Read More..

jep sepah dah besar kepala

Siapa yang membaca sisipan akhbar Utusan semalam, pasti ada terbaca mengenai pelawak yang meningkat naik namanya, Jep Sepah. Dikhabarkan oleh mulut terkenal mengenai gosip di Utusan, Joyah mengatakan yang Jep tidak seperti dahulu lagi dan kelihatan besar kepala akibat peningkatan gaji daripada biasanya, tak tahulah berapa nilainya.


Ini adalah gosip yang disebarkan oleh orang dalaman produksi itu sendiri, tidak tahu motif apa, mungkin cemburu mungkin selainnya. Yang pasti sumber itu mengataan dia melihat sejak Jep terlibat dengan drama berbentuk komedi dengan produksi yang sumber ini menapak, egonya kian menjadi-jadi.

Sehinggakan Jep dikatakan menyusahkan tenaga kerja produksi berkenaan dengan pelbagai hal termasuklah pemilihan lokasi set. Dan seperti bos dengan setuju atau tidak diatas pemilahn set itu.

Yang paling tragik lagi, soal gajinya yang lebih berbanding Shuib, walaupun Shuib pelakon/watak utama drama komedi berkenaan. Kata Joyah tu lagi, katanya Jep bercinta dengan produser drama berkenaan.

Aish, biar betul ni. Kita harapkan cerita-cerita ini tak benar, tapi kalau takda angin, masa kan pokok bergoyang pulak kan, jin kot yang goyangkan.
Read More..

Apabila Datuk Siti Nurhaliza bergambar tanpa sebarang make up 2 gambar

Sabtu, 28 Desember 2013


Siti Nurhaliza telah memuat naik 2 gambar-nye tanpe make-up di laman twitter miliknye. Katenye gambar tersebut di ambil ketika sebelum membuat facial. Lagi gambar after the jump.



Read More..

Lenovo Bakal Ambil Alih HTC


Lenovo dikatakan sedang dalam perbincangan sulit untuk mengambil alih syarikat telefon pintar HTC.

Buat julung kalinya,syarikat Taiwan itu dijangka akan membentangkan kerugian suku pertama mereka dalam mesyuarat kewangan yang akan diadakan bila-bila masa sahaja lagi.

Mungkin mengambil contoh daripada Microsoft yang baru sahaja membeli syarikat telefon mudah alih Nokia,para eksekutif Lenovo begitu berminat untuk mengambil alih jenama HTC.

Syarikat China itu mempunyai reputasi yang tinggi dalam memajukan perniagaan sedia ada melalui penjenamaan semula.

Pada tahun 2005,Lenovo telah membeli IBM dan syarikat komputer bajet Medion pada tahun 2011. Kedua-dua jenama itu terus mencatatkan keuntungan besar sehingga kini.

Lenovo turut bersaing dalam pasaran kompetitif dengan mengeluarkan telefon pintarnya sendiri,namun keluarannya agak terhad dan hanya digunakana secara meluas di negara China.
Read More..

Black Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Jumat, 27 Desember 2013


HANYA dengan sekali lafaz tepat jam 12.06 tengahari, Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan.

Black & Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo.

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran.

Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini telah dihadiri oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.

Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada waktu malam berkonsepkan ‘english contemporary’ untuk sebelah perempuan. Sebelah lelaki pula akan diadakan pada 14 September bertempat di Zebra Square, Kampung Pandan.

Bagaimana pun, Black akan mengadakan majlis resepsi mereka untuk kali ketiga di padang bola PPRT Pantai Dalam pada hari Ahad, 15 September ini bagi meraikan hari bahagianya bersama para peminat di tempat dia membesar. – Oh Bulan
Read More..

‘Pamela Anderson’ Malaysia Lana Nordin Beraksi Seksi Di Jakarta

Kamis, 26 Desember 2013

Salam semua,


‘Pamela Anderson’ Malaysia, Lana Nordin, Beraksi Seksi Di Jakarta

Amboi siapa ni? Aksinya menyeksakan mata memandang? Haa inilah pelakon sensasi Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Tapi Lana ni dah lama senyap. Tiba-tiba Mangga Muda ternampak aksi Lana di alam maya. Panas dan hangat gitu.
Inilah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.
Agaknya Lana ingat tak ada yang kenali dia di sana sebab itulah dia berani berpakaian seksi yang menonjolkan sebahagian besar aset sensasinya itu. Tak tahulah siapa bersama-sama Lana ni. Mangga Muda tak kenal sangatlah. Pakwe atau teman rapat dia tu? Mangga muda rasa macam pernah perasan kelibat rakan-rakan Lana tu dalam iklan. Kira mereka aktif dalam peragaanlah.
Mangga Muda: Agaknya cuaca di Jakarta panas sangat, sebab itulah Lana tak nak pakai baju yang menutup tubuh dia. SEJUK SANGAT KER LANA?
mynewshub
Read More..

Penampakan Jin Pocong dan Tuyul Di Petilasan Gembul

Anggapan bahwa kamera digital bisa dan  lebih peka dalam menangkap gambar-gambar yang berhubungan dunia gaib mungkin ada benarnya. Begitu pula dengan penampakan banyak makhluk gaib yang terjadi menjelang senja dan malam hari tanpa kita sadari keberadaan dan kehadirannya di sekitar kita.

Setidaknya hal ini saya alami ketika belum lama ini mengadakan liputan tentang Petilasan Gembul  yang berda di desa Jadi, Kecamatan Semanding Kabupaten Tuban – Jawa Timur.
——————————————————————————————————
Tentang artikel Petilasan Gembul itu bisa dibaca dengan mengklik link berikut ini :

Meja Peninggalan Walisongo di Petilasan Gembul
——————————————————————————————————-
Saat itu saya tiba di lokasi pukul 16.30 sore dengan berharap masih bisa menjumpai juru kunci di lokasi. Namun sayang saat itu sang juru kunci sudah pulang ke rumahnya yang letaknya cukup jauh dengan kondisi jalan yang menanjak.
Akhirnya dengan setengah memberanikan diri , saya pun melangkahkan kaki.Tentunya setelah mengucapkan salam dan ijin secara batin dan lisan pada penghuni yang mungkin ada dan tak kasat mata di petilasan Gembul.
Berada di Petilasan Gembul yang  dikenal sebagai tempat yang angker dan dikeramatkan, tentu saja membuat saya merasa  cukup khawatir dan deg-degan  juga karena  berada disana seorang diri.  Sambil menjaga sikap  dan tingkah, saya pun segera mengambil gambar di Petilasan Gembul dan sekitarnya dengan kamera digital.
Sambil menyusuri tebing dan  menaik-turuni  tangga menuju ke Petilasan gembul, saya sengaja dan berniat mengambil gambar sebanyak mungkin.  Maklum medan menuju ke petilasan Gembul ini cukup jauh dengan melewati medan perbukitan kapur yang terjal.

Sesampai di rumah dan segera membuat liputan blog yang berjudul  Meja Peninggalan Walisongo Di Petilasan Gembul dengan beberapa foto, selang beberapa hari kemudian saya menyimak foto-foto  lainnya tentang petilasan itu.
Ternyata dari puluhan foto yang saya ambil di sana, ada beberapa foto yang tampak berbeda dan menarik perhatian saya.Karena dengan setting  pada kamera ,  cara memotret , waktu dan suasana   yang sama di lokasi , foto-foto itu tampak kabur.
Setelah saya amati dengan seksama, ternyata ada sesuatu fenomena yang tak biasa pada ketiga foto itu yang tampaknya merupakan penampakan makhluk gaib. Bayangan hitam di bagian atas tanda garis berwarna hijau  berbentuk kepala yang cukup besar dengan posisi kepala yang menengadah dan mulut yang menganga. Asap hitam di tangga itu tampak semakin menebal.

Begitu juga sosok besar di atas asap yang semakin jelas bentuknya yang berupa sosok berkulit hitam dengan kepala yang cukup besar dan rambut yang tergerai panjang . Bentuk mulut dan dagu  besar dengan hidung yang panjang.
Bentuk sosok gaib itu mengingatkan saya pada foto penampakan makhluk gaib yang terjadi di sebuah acara pengajian di masjid daerah Tulungagung yang saya dapatkan dari internet. Ukuran, sosok dan  bentuk kepala dan wajahnya  hampir sama namun berbeda warna rambutnya.
Tak jauh di bawah asap itu juga tampak  ada asap hitam lagi yang membentuk bayangan menyerupai tiga kepala manusia yang gundul ( diatas tanda garis berwarna pink ).
Tiga bayangan kepala manusia yang berada  di bagian belakang tampak kurang jelas karena buram. Sedangkan bayangan kepala  gundul yang berada di depan tampak lumayan jelas dengan ada bentuk mata dan mulutnya.
Tak hanya itu, di foto yang ke-3 juga terdapat gambar yang cukup aneh karena pada salah satu bagian ditebingnya menunjukkan adanya penampakan yang bentuknya mirip hantu Pocong. Pocong itu tampak  bermulut lebar dengan posisi  tubuh yang condong.
Apapun yang terjadi berkaitan dengan penampakan sosok-sosok  gaib yang terrekam di foto-foto itu, saya bersyukur sekali baru mengetahui dan melihatnya ketika sudah jauh dari lokasi dan berada di rumah.
Andai  saat itu saya melihat dan mengetahui penampakan sosok itu secara langsung di lokasi, bisa dipastikan bahwa  sebagai manusia biasa  saya  merasa takut dan seram uga karena berada di Petilasan Gembul seorang diri.

====================

Baca juga dan Klik artikel menarik berikut ini  :

Menambang Uang Melalui Facebook dan Twitter

Peluang Mendapatkan Dollar Via Internet 

Museum Santet Di Surabaya

Tips Memasang Iklan Di Blog 

Share Status di Fb/Twitter Dapat Komisi 

Jenazah Utuh Dimakamkan 35 Tahun Di Tuban


Click Nikmatnya Oleh-oleh Khas Tuban


Artikel-artikel Menarik lainnya bisa Anda baca 

di Link berikut ini :

www.blogger.comblogspot.com

Read More..

5 Film Horror Yang Diangkat Dari Kisah Nyata

Rabu, 25 Desember 2013

5 Film Horror Yang Diangkat Dari Kisah Nyata - Kisah horror adalah salah satu kisah paling diminati belakangan ini. Lihat saja di Indonesia saat ini sedang ramai-ramainya bermunculan film bertemakan horror. Hal ini tentu tidak hanya terjadi di Indonesia saja. Di luar negeri seperti Hollywood pun juga selalu mengeluarkan film horror yang bsia dibilang mencekam.

Photobucket

Sebagian film-film horror yang ada biasanya hanyalah fiksi, tetapi ada sebagian yang diangkat dari kisah nyata. Dibumbui dengan sedikit drama sehingag membuat cerita lebih mencekam. Berikut informasi berita terkini mengenai 5 Film Horror Yang Diangkat Dari Kisah Nyata menurut uniknya.com


1. The Amityville Horror
Photobucket
Sejauh ini, The Amityville merupakan film horor terseram yang di ambil dari sebuah kisah nyata. Bermula dari seorang pemuda yang rentan terhadap penyalah gunaan narkoba Ronald deFeo jr (alias "Buth") yang membantai seluruh anggota keluarganya pada suatu malam 14 November 1974 dengan mengunakan senjata api, disaat anggota keluarganya tertidur, pertama ia menembaki ayah dan ibunya yang sedang tidur di kamar mereka, diteruskan dengan membunuh saudaranya yang lebih muda. Menurut polisi, deFeo membunuh seluruh anggota keluarganya untuk mendapatkan sejumlah uang, tetapi banyak isu-isu yang berdar bahwa Defeo melakukan pembunuhan keji itu dikarenakan dia mendengar bisikan-bisikan gaib dari arwah yang ada di rumah tersebut.

Beberapa tahun kejadian setelah kejadian tersebut rumah yang menjadi peristiwa pembantaian keluarga itu didiami oleh keluarga Lutz. Mereka menemukan sebuah ruangan rahasia yang diyakini menyimpan sebuah misteri dari kejadian pembunuhan keluarga DeFeo dan tak lama setelah itu keluarga Fatz melarikan diri dari rumah tersebut tanpa alasan yang tak jelas.


2. The Exorcism Of Emily Rose
Photobucket
The Exorcism Of Emily Rose merupakan salah satu film horor yang terbilang sangat sukses dari sisi penjualannya. Film ini terpengaruh dari kisah seorang gadis remaja Annelise Michel, yang sebelumnya adalah gadis remaja biasa. Kejadian aneh dimulai ketika usianya 17 tahun pada 1968 ia kejang-kejang dan mengalami serangan epilepsi pertamanya pada 1969, pada saat itulah Annelise mulai berhalusinasi tentang setan ketika ia sedang berdoa.

Pada tahun 1975, dia ditetapkan menderita depresi dan hingga sering sekali melukai dirinya sendiri sampai beberapa kali melakukan percobaan bunuh diri. Seseorang yang pertama mendiagnosis bahwa Annelisse mengalami kerasukan adalah seorang perempuan tua yang menemaninya saat ia berziarah. Dia melihat Anneliese berjalan menghindar melewati gambar tertentu dari Yesus, dan ketika ia menolak untuk minum air yang berasal dari mata air suci. Kemudian seorang pengusir setan dari kota terdekat memeriksa Anneliese dan menyimpulkan bahwa ia dirasuki. Setelah pengobatan medis yang selalu gagal, akhirnya ritual eksorsisme dipilih yang dilakukan oleh seorang Uskup. Pada saat itu Annelise mulai melukai dirinya sendiri dan menolak untuk makan. Anneliese melakukan sejumlah tindakan yang sangat aneh. Ia menjilat urinnya sendiri dari lantai.

Dia memakan lalat, laba-laba, dan batubara. Dia menggigit kepala burung mati. Annelise pernah merangkak di bawah meja dan menggonggong seperti anjing selama dua hari. Ia sering mendengar teriakan melalui dinding selama berjam-jam. Merobek pakaian dan kencing di lantai. hingga mengakibatkan tubuh dan wajahnya terlihat mengerikan, orang di sekitarnya hampir tidak mengenalinya. Annelise meninggal pada tahun 1 juni 1976 yang diakibatkan karena dehidrasi dan malnutrisi, dan hampir selama satu tahun menderita semi kelaparan ketika ritual exorcism dilakukan.


3. The Entitiy
Photobucket
Film ini mengambil cerita dari seorang ibu rumah tangga bernama Dorris Bither yang tinggal bersama putra remaja dan kedua putrinya. Ia sering sekali mengalami kejadian seperti halusinasi dan gangguan fisik. Brian Harris, putra remaja Bither mengatakan sering mendengar ibunya ditampar, dipukuli hingga dilempar didalam kamar, ia juga pernah melihat luka memar pada paha ibunya, yang menurut Bither karena malam sebelumnya ia diperkosa oleh setan.

Film ini terinpirasi oleh seorang ibu, Carmen Reed, yang diwawancarai CNN tentang cerita seram yang dialaminya. Bermula pada 1980 saat Reed beserta keluarganya menempati sebuah rumah kolonial lama di Southington, Connecticut, agar dekat dengan rumah sakit dimana dia dan anak 13 tahunnya itu menerima pengobatan kanker. Segera setelah itu, dua keponakannya bergabung dengan mereka di rumah yang mereka tau pernah menjadi rumah duka. Tidak lama sebelum anaknya yang mulai bercerita tentang suara-suara yang didengarnya, termasuk salah satu "pria jangkung, kurus dengan panjang rambut hitam pekat" yang sering dilihatnya setiap malam.

Pernah ia juga membawa anaknya ke psikiater dan mendapati anaknya semakin gelap dan gelap pada setiap harinya. Hingga akhirnya dia membawa anaknya ke rumah sakit jiwa


4. An American Hunting
Photobucket
Ini adalah film horor modern yang mengambil cerita dari masa lampau. Bermula ketika Yohanes Bell mangambil paksa tanah milik Kate Batts, yang dikenal memiliki ilmu sihir. Dan setelah insiden itu, Bell dan putrinya sering mengalami kejadian supranatural, dan yang terparah ia melihat putrinya penuh luka dan putrinya mengaku telah diperkosa oleh mahluk tak berwujud. Pada tahun 1886, seorang sejarawan pernah menulis tentang penyihir batts ini yang sangat terkenal pada masa kepresidanan Andrwe Jackson. Disinyalir, keberadaan keluarga Bell memang ada.


5. Audrey Rose 1977
Photobucket
Ini adalah salah satu film horor berdasarkan cerita hantu didasarkan pada peristiwa yang diduga benar. Film menceritakan seorang gadis bernama Ivy dan keluarganya yang sedang diteror oleh seorang pria misterius yang percaya bahwa Ivy adalah reinkarnasi dari putrinya, Audrey Rose, yang meninggal dalam kecelakaan mobil yang berapi-api hanya beberapa menit sebelum Ivy lahir (setelah sebelumnya mendapatkan jawaban sama dari dua paranormal). Apa yang berikut adalah serangkaian kejadian aneh (beberapa sangat mirip dengan yang di The Exorcist), termasuk Ivy mengalami mimpi buruk yang mengerikan dan membakar tangannya di jendela.
Read More..

Kris Bruce Sahkan B’pisah Sejak Setahun Lalu


Ibu Kim Kardashian, Kris Jenner dan bapa tirinya, Bruce Jenner mengesahkan mereka sudah berpisah sejak setahun lalu, selepas 22 tahun hidup bersama.

Kris menyatakan kepada US Magazine, segala aksi dan lakonan mereka dalam rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians adalah disebabkan komitmen mereka terhadap rancangan tersebut serta keluarga mereka.

Sementara itu, Bruce mengatakan walaupun mereka sudah berpisah namun kedua-duanya masih tetap sayang dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Mereka mengatakan tiada dokumen penceraian direkodkan dan Bruce akan terus kekal muncul dalam rancangan realiti popular itu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak perempuan yang juga bergelar model komersial, Kendall Jenner, 18, dan Kylie Jenner, 16.

Oleh: AUDREY LEE
Read More..

Kenali Facebooker yang Hina Hukum Allah

Selasa, 24 Desember 2013

Siri penerangan umum dan pembuka minda supaya tidak ditipu lagi oleh Nik Ajis mengenai Hukum Hudud ciptaan PAS dan penyokong Anwar peliwat dan penzina tegar yang melakukan perkara-perkara yang dikutuk oleh Allah swt dan Nabi Muhamad saw dalam bilik berkunci tanpa 4 saksi saranan ahli-ahli Fiqh PAS itu.



Siri penerangan umum dan pembuka minda supaya tidak ditipu lagi oleh Nik Ajis mengenai Hukum Hudud ciptaan PAS dan penyokong Anwar peliwat dan penzina tegar yang melakukan perkara-perkara yang dikutuk oleh Allah swt dan Nabi Muhamad saw dalam bilik berkunci tanpa 4 saksi saranan ahli-ahli Fiqh PAS itu.

Mari Kita Kenali Penghina Hukum Allah.. menghina Hudud.. mana p perkasa? menghina Islam!! Inilah Pencacai UMNO bernama Sidek Abdullahdin - SEBARKAN !! 

ulasan bila pemimpin Islam Hina ugamanya beginilah jadinya..Orang bawahan ikut sahaja apa pemimpin mereka berkata kata...bertaubatlah sebelum terlambat...

Read More..

Awas!!! Kelab Murtad Di Laman Sosial Facebook

Senin, 23 Desember 2013

Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (FB) bagi meraih sokongan masyarakat.
Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.
Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.
Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.
Pemerhatian medapati sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.
Antara pandangan yang dikemukakan beberapa ahli kelab itu ialah mempertikai kandungan ayat suci al-Quran, mukjizat nabi selain memapar objek menyamai kemaluan yang digambarkan sebagai perkataan Allah dalam bahasa Arab.
Pengendali kelab itu dipercayai cuba memesongkan akidah pembaca dengan memberikan serba ringkas penerangan isu murtad di neara ini serta pada masa yang sama membuat perbandingan mengenai beberapa negara Islam yang lain.
Selain ahli yang sudah muratd, ahli yang bukan beragama Islam turut mengutuk dan menghina Islam secara terbuka serta memberi gelaran yang melampau bukan sahaja kepada Nabi Muhammad SAW, malah kepada mufti, ulama dan juga umat Islam. sumber
Read More..

Muka ditusuk payung

myMetro

Jessica Yates dilaporkan terlalu mabuk dan secara tidak sengaja terjatuh dari katil hotel dan mukanya tercucuk dawai rangka payung yang baru digunakan.

Disebabkan payung itu tidak ditutup dengan betul, dawainya yang terbuka kemudian menusuk gusi dan tembus ke mulut.
Bagaimanapun, Jessica, 22, dari Solihull, West Midlands, mengakui dia terlalu mabuk ketika itu dan tidak dapat merasai kesakitan itu pada peringkat awal. Rakan Jessica, Laura Sullivan, menghubungi talian kecemasan selepas mendapati kecederaan itu serius dan terlalu berbahaya untuk ditarik sendiri.

Jessica kemudian dibawa berjumpa dengan anggota paramedik dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan payung itu masih tergantung di mukanya.

Kata Jessica, di hospital, pegawai perubatan memotong patung berkenaan dan membiarkan kira-kira 15 sentimeter dawai itu masih tercucuk ke mulutnya.
FotoKEADAAN Jessica bersama sebahagian daripada dawai rangka payung yang terlekat di mukanya.
Dia kemudian dibawa ke hospital kedua dan diberi ubat pelali sebelum membolehkan pembedahan untuk membuang dawai berkenaan dijalankan.

Pengurus kedai kasut itu dibenarkan pulang keesokan harinya dengan beberapa jahitan berserta cebisan payung itu yang masih kekal di gusinya.
Kata Jessica, kemalangan itu berlaku ketika dia dan beberapa kawan berkongsi bilik di Watford selepas puas berpesta.

“Kami menghabiskan malam dengan minum di bar tempatan dan pulang berpayung kerana hujan jam 2 pagi,” katanya. Ketika tiba di bilik, kata Jessica, dia mencampakkan payung kecil itu ke lantai dan tidak menyedari ia dibiarkan dalam keadaan terbalik. - Daily Mail
Read More..

Rafizi kagum dengan keberanian Tee Keat tapi

Minggu, 22 Desember 2013

  •  Malaysiakini  Mac 22 2013
 
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau mengagumi keberanian Datuk Seri Ong Tee Keat ketika mendedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), namun masanya sudah tiba untuk bekas bos MCA itu menjadi lebih berani.

Menurutnya, Ong kini perlu memandang ke hadapan melangkaui keberaniannya membongkar skandal PKFZ.

"Keberanian yang paling besar sekarang untuk kita menuju perubahan. Perubahan kali ini antara BN atau Pakatan Rakyat.

"Harapnya beliau cukup berani untuk bersama Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Malaysiakini semalam.

Tambahnya, keberanian Ong akan hanya teruji jika beliau bersama gelombang perubahan rakyat yang mahukan "perubahan daripada yang lama kepada yang baru".

Ini kerana, kata Rafizi, pilihan raya akan datang antara Pakatan dan BN, dan bukannya di antara mana-mana individu lagi.

"Ia bukan tentang beliau atau saya. Saya ini hanya ikan bilis yang tiada apa-apa," kata Rafizi.

Tiada perhatian MCA


Beliau mengulas kenyataan Ong dalam wawancara bersama Malaysiakini yang menegaskan, walaupun beliau dan Rafizi sama-sama mendedahkan dakwaan salah guna kuasa, namun mereka tidak dapat disamakan.

Rafizi sudah diumumkan sebagai calon PKR di Pandan sementara Ong masih berharap diberikan peluang mempertahankan kerusi itu oleh MCA, walaupun dikatakan tidak disenangi presidennya sendiri Datuk Seri Chua Soi Lek.

Menurut Ong, pendedahan beliau bersangkutan dakwaan salah guna kuasa dalam partinya sendiri sedangkan Rafizi mensasarkan seteru politiknya di luar PKR.

Menurut Rafizi, Ong adalah seorang pemimpin BN yang mempunyai prestasi lampau yang cukup membanggakan sewaktu menjadi menteri.

Bagaimana pun, suara Ong kini tidak lagi diberi tempat dalam BN dan seandainya beliau berjaya mempertahankan kerusinya sekalipun, bekas presiden MCA itu tidak akan mampu membawa perubahan kepada rakyat menerusi BN.

"Kalau beliau menang sekali pun, agak sukar untuk beliau berbuat apa-apa.

"Ia amat jelas yang suara beliau tidak diberikan perhatian dalam MCA," kata Rafizi.
Read More..

Erin Malik ambil ganja atau tidak


Pelakon Erin Malik enggan ulas isu ganja yang telah tersebar di laman blog serta akbar kononnya mendakwa dia telah terjebak dengan pengambilan dadah jenis ganja sewaktu menjalani penggambaran drama Mis Cinta di Kemaman, Terengganu, bulan lalu.

Erin Malik atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 18, berkata tiada apa yang boleh diulas kerana gosip yang tersebar itu sama sekali tidak berasas.


"Saya tidak mahu komen lagi. Jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.


"Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.
"Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya," katanya ketika dihubungi murai.com.my

Erin Malik menambah dia telah terima pelbagai kata cacian daripada orang ramai susulan cerita tersebut.
Walaubagai mana pun, Erin berkata jika ianya masih berlarutan, dia bakal mengambil tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.

"Saya pun tidak tahu mengapa orang itu sanggup menabur fitnah ini. Mungkin juga dia cemburu atau entah apa lah.
"Saya tidak akan berdiam diri jika isu ini masih berlarutan, saya akan ambil tindakkan yang sewajarnya untuk mendakwa pihak yang menyebarkan fitnah ini.


"Saya tidak takut kerana saya ada bukti untuk mendakwanya," jelasnya yang tidak mahu memberitahu pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Erin yang sudah selesai penggambaran Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie, Nur Iman untuk tayangan Ramadan ini bagi siaran RTM.
Read More..

PR akan kemuka semula pendaftaran kepada ROS

Sabtu, 21 Desember 2013

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
  • Datuk Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - PR akan mengemukakan semula permohonan perdaftaran gabungan itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, PR akan membuat permohonan tersebut selepas ROS mengumumkan bahawa tidak dapat memproses permohonan PR sebagai sebuah parti politik kerana parti itu tidak pernah menghantar laporan tahunan memaklumkan mengenai penukaran pucuk pimpinan sejak 2009.

"Semalam ROS memberi komen mengenai perihal ini.

"ROS sedang menunggu permohonan PR, jadi saya akan mengarahkan pegawai saya untuk membuat permohonan semula," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Belia mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Osman kononnya PR tidak berusaha berbuat demikian.

“Mengapa Pengarah ROS boleh berkata begitu sedangkan permohonan lama belum ada keputusan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin mengharapkan ROS menepati KPI setelah pendaftaran baru ini dikemukakan oleh perikatan itu.

“Mengikut KPI ROS, jabatan itu mesti memberi keputusan status pendaftaran sesuatu pertubuhan dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh mereka mengemukakan dokumen pendaftaran.

“Apa yang berlaku dalam masa 30 hari permohonan kami? Apakah PR ada menerima sebarang surat dari ROS mengenainya? PR harap ROS menepati KPInya kali ini,” sindirnya.

Sementara itu, Saifuddin turut mengecam tindakan ROS yang berat sebelah ekoran pendedahan tiga dari 49 pertubuhan kongsi gelap yang diumum Kementerian Dalam Negeri (KDN) 30 Ogos lalu, berdaftar dengan jabatan itu.

“Pertubuhan yang dianggap KDN sebagai merbahaya pun ROS boleh luluskan, apa lagi Pakatan yang tiada kongsi gelap, memang patut sangat permohonan kami diluluskan,” bidasnya.
Read More..

Terpancing ikan keli gergasi

Jumat, 20 Desember 2013

BARCELONA - Seorang nenek berusia 54 tahun dari Britain dan buta sebelah matanya, Sheila Penfold mencipta rekod untuk wanita apabila dia berjaya memancing seekor ikan keli terbesar seberat 97 kilogram (kg) di Sepanyol, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Dia yang dibantu suaminya, Alan, dan anaknya, Arthur memancing ikan, mengambil masa selama 30 minit bergelut untuk menariknya ke atas tebing semasa dia memancing di Sungai Ebro dekat sini baru-baru ini.


Jawatankuasa Rekod Perikanan Britain mengesahkan, tangkapan itu adalah yang paling besar dilakukan oleh seorang wanita Britain mengatasi rekod sebelum ini oleh Bev Street, 46, yang pernah memancing ikan keli dengan berat 32kg.
Ia juga merupakan rekod bagi wanita yang memancing ikan di Sepanyol namun keluarga itu melepaskan ikan tersebut kembali ke dalam sungai.


Keluarga tersebut yang tinggal di Wandsworth, London mendakwa ikan keli itu berukuran 2.48 meter panjang dan mereka memancing dari tebing sungai dengan menggunakan tiga batang joran yang berasingan. - Agensi


Read More..

Majikan Unjur Gaji Di Malaysia Naik 5 7 Peratus


SINGAPURA – Para majikan mengunjurkan gaji pekerja di Malaysia naik 5.7 peratus pada 2014, demikian menurut kaji selidik Trend Gaji ECA International.

Keputusan kaji selidik itu menunjukkan terdapat peningkatan gaji kira-kira 5.5 peratus di Malaysia mulai 2011 hingga 2013, dan pada 2010, ia mencatatkan lima peratus.

Ini mencerminkan peningkatan peratusan gaji yang mantap di Malaysia.

ECA International ialah pembekal utama dunia bagi pengetahuan, maklumat dan teknologi bagi pengurusan dan tugasan pekerja di seluruh dunia.

Pengarah serantau ECA International, Lee Quane berkata: “Berbanding Singapura dan Indonesia, peratus peningkatan gaji nominal Malaysia pada 2014, lebih tinggi berbanding Singapura namun lebih rendah daripada Indonesia.

“Bagi tahun ketiga berturut-turut, pekerja di Singapura boleh mengharapkan peningkatan gaji secara purata sebanyak 4.5 peratus.

“Bagaimanapun, pekerja di Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih baik berbanding rakan mereka di Indonesia dan Singapura, jika mengambil kira paras inflasi,” katanya.

Menurut Lee, pekerja industri Perbankan dan Kewangan di Malaysia akan memperoleh kenaikan tertinggi.
Beliau berkata walaupun syarikat menyedari risiko makroekonomi, mereka yakin terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2014, selain mengetahui mengenai perlunya memberikan kadar kenaikan gaji yang mencukupi untuk mengekalkan modal insan mereka.

Di peringkat global, kajian menunjukkan bahawa kenaikan gaji purata pada 2014 ialah sebanyak 5.8 peratus. - BERNAMA
Read More..

Aidil Zafuan NAFI Bakal Berkahwin Dengan Zarema Zainal

Kamis, 19 Desember 2013




Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang juga suami kepada aktres Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan menafikan bakal berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Zarema Zainal seperti didakwa.

Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi.

Ujarnya, pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut dan mengakui dia rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema.

"Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tak lama lagi? Memang kami berkawan, tetapi tidaklah sampai ke tahap mengenali hati budi.

"Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Tapi bukan Zarema seorang sahaja yang saya kenal, sebaliknya semua ahli keluarga yang lain. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa,"

Aidil berkata demikian susulan laporan pada Isnin yang mendakwa pemain bola sepak itu bakal bercerai dengan Rita dan seterusnya ingin berkahwin bersama seorang wanita dikenali sebagai Zarema Zainal.

Mengulas lanjut, Aidil turut menafikan wanita tersebut sering memandu keretanya seperti yang didakwa.

"Saya tak faham kenapa pengirim itu mendakwa Zarema pandu kereta saya. Buat apalah dia nak pakai kereta saya sedangkan dia anak orang berada.

"Dia mampu miliki apa saja jenis kenderaan yang dia mahu, takkanlah sampai hendak pakai kereta saya,” ujarnya.

Aidil bakal menghadiri kes perbicaraan konflik rumah tangganya dengan Rita di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin depan.

SUMBER
Read More..

M’sia S’pura Bekerjasama Tangani Sindiket Dadah


KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mempertingkatkan kerjasama di antara kedua-dua negara bagi membanteras ancaman dadah.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan media memberitahu, persetujuan itu dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean.

“Persatuan ini dicapai semasa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Chee Hean baru-baru ini.

“Kedua-dua negara bersetuju bekerjasama memberi maklumat apabila mendapat tahu ada sindiket dadah akan mengedar dadah ke negara jiran melalui lapangan terbang masing-masing.,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikenal pasti menyeludup dadah ke Singapura melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura.

Penyeludup dadah di Singapura juga didapati melalui melakukan kegiatan sama ke KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Justeru, pihak berkuasa kedua-dua negara akan bertukar maklumat jika mendapat maklumat di lapangan terbang masing-masing melalui pegawai penguatkuasa masing-masing tanpa perlu memberitahu pihak tertinggi kerajaan.

“Melalui kerjasama ini kegiatan penyeludupan dadah di peringkat negara anggota Asean dapat dibanteras dengan berkesan.

“Kedua-dua negara juga yakin mereka bukan pembekal dadah antarabangsa sebaliknya menjadi negara transit kepada pengedar dari negara lain,” kata kenyataan itu.

Singapura dalam pada itu menyatakan sokongan ke atas langkah kerajaan Malaysia meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959 untuk mengekalkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia kerana Singapura turut mengambil inisiatif yang sama untuk memperkasakan perundangan sedia ada di negara tersebut.

Kata kenyataan itu, Singapura turut memuji kejayaan Pois Diraja Malaysia (PDRM) di atas kejayaan menurunkan kadar jenayah terutama di Johor.
Read More..

Jenayah Geng Wanita 40 An

Rabu, 18 Desember 2013


Jenayah Geng Wanita 40 An
IPOH : Menyamar sebagai saudara pengantin merupakan taktik sekumpulan wanita berusia 40-an, di sini, yang menjadikan kediaman pengantin sebagai sasaran untuk mencuri barangan berharga.
Kegiatan empat wanita berkenaan telah dikesan sejak seminggu lalu setelah dua kediaman di Batu Kurau dan Manjoi menjadi mangsa perbuatan jenayah mereka dalam tempoh dua hari.
Sabtu lalu, kumpulan wanita itu dikatakan berjaya melarikan empat beg tangan milik ahli keluarga pengantin semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kampung Sungai Ara dan menurut saksi, Salina Shamsudin, 21, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari.
Menurutnya, empat wanita berkenaan lengkap berpakaian baju kurung telah menyusup masuk ke dalam rumah sepupunya, Nur Shuhada Zaman Zahari, 22 selepas memperkenalkan diri sebagai saudara pengantin lelaki.
“Mereka bersikap pelik apabila tidak bercakap dan hanya memerhati keadaan sekeliling dengan penuh kecurigaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin sepanjang majlis.
“Dua daripada wanita itu dilihat masuk ke bilik pengantin ketika ahli keluarga lain sibuk memindahkan hantaran perkahwinan dan memasukkan semua beg besar yang diambilnya ke dalam sebuah beg besar,” katanya.
Katanya, keadaan menjadi kecoh seketika apabila empat beg tangan mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai hampir RM30,000 hilang dan kejadian ini sama seperti kes yang berlaku di Manjoi dalam laporan akhbar Sinar Harian, semalam.
Salina menjelaskan, kejadian berkenaan disedari apabila salah seorang mangsa dihubungi pihak bank untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit menggunakan kad kredit di sebuah pasar raya di Taiping.
“Urusan pembelian itu tidak berjaya kerana diragui oleh pihak bank. Kami geram dan terkilan dengan insiden ini kerana mereka turut mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM6,000 milik salah seorang ahli keluarga kami.
“Kami telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Batu Kurau mengenai kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mangsa dan siasatan sedang dijalankan serta polis sedang giat memburu suspek terbabit.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kes kecurian yang mana seorang wanita mengaku sebagai ahli keluarga dan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin, melibatkan kehilangan barangan bernilai hampir RM20,000 di Kampung Sungai Tapah Manjoi.
Kejadian itu berlaku sehari selepas kejadian menggunakan modus operandi yang hampir sama di Batu Kurau. – Sinar Harian
Read More..