Index» » » » » » jep sepah dah besar kepala

jep sepah dah besar kepala

Minggu, 29 Desember 2013

Siapa yang membaca sisipan akhbar Utusan semalam, pasti ada terbaca mengenai pelawak yang meningkat naik namanya, Jep Sepah. Dikhabarkan oleh mulut terkenal mengenai gosip di Utusan, Joyah mengatakan yang Jep tidak seperti dahulu lagi dan kelihatan besar kepala akibat peningkatan gaji daripada biasanya, tak tahulah berapa nilainya.


Ini adalah gosip yang disebarkan oleh orang dalaman produksi itu sendiri, tidak tahu motif apa, mungkin cemburu mungkin selainnya. Yang pasti sumber itu mengataan dia melihat sejak Jep terlibat dengan drama berbentuk komedi dengan produksi yang sumber ini menapak, egonya kian menjadi-jadi.

Sehinggakan Jep dikatakan menyusahkan tenaga kerja produksi berkenaan dengan pelbagai hal termasuklah pemilihan lokasi set. Dan seperti bos dengan setuju atau tidak diatas pemilahn set itu.

Yang paling tragik lagi, soal gajinya yang lebih berbanding Shuib, walaupun Shuib pelakon/watak utama drama komedi berkenaan. Kata Joyah tu lagi, katanya Jep bercinta dengan produser drama berkenaan.

Aish, biar betul ni. Kita harapkan cerita-cerita ini tak benar, tapi kalau takda angin, masa kan pokok bergoyang pulak kan, jin kot yang goyangkan.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar