Index» » » » » » » M’sia S’pura Bekerjasama Tangani Sindiket Dadah

M’sia S’pura Bekerjasama Tangani Sindiket Dadah

Kamis, 19 Desember 2013


KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk mempertingkatkan kerjasama di antara kedua-dua negara bagi membanteras ancaman dadah.

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan media memberitahu, persetujuan itu dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean.

“Persatuan ini dicapai semasa Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar mengadakan kunjungan hormat dan pertemuan dengan Chee Hean baru-baru ini.

“Kedua-dua negara bersetuju bekerjasama memberi maklumat apabila mendapat tahu ada sindiket dadah akan mengedar dadah ke negara jiran melalui lapangan terbang masing-masing.,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikenal pasti menyeludup dadah ke Singapura melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura.

Penyeludup dadah di Singapura juga didapati melalui melakukan kegiatan sama ke KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok.

Justeru, pihak berkuasa kedua-dua negara akan bertukar maklumat jika mendapat maklumat di lapangan terbang masing-masing melalui pegawai penguatkuasa masing-masing tanpa perlu memberitahu pihak tertinggi kerajaan.

“Melalui kerjasama ini kegiatan penyeludupan dadah di peringkat negara anggota Asean dapat dibanteras dengan berkesan.

“Kedua-dua negara juga yakin mereka bukan pembekal dadah antarabangsa sebaliknya menjadi negara transit kepada pengedar dari negara lain,” kata kenyataan itu.

Singapura dalam pada itu menyatakan sokongan ke atas langkah kerajaan Malaysia meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959 untuk mengekalkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Ia kerana Singapura turut mengambil inisiatif yang sama untuk memperkasakan perundangan sedia ada di negara tersebut.

Kata kenyataan itu, Singapura turut memuji kejayaan Pois Diraja Malaysia (PDRM) di atas kejayaan menurunkan kadar jenayah terutama di Johor.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar