Index» » » » » » » » Kris Bruce Sahkan B’pisah Sejak Setahun Lalu

Kris Bruce Sahkan B’pisah Sejak Setahun Lalu

Rabu, 25 Desember 2013


Ibu Kim Kardashian, Kris Jenner dan bapa tirinya, Bruce Jenner mengesahkan mereka sudah berpisah sejak setahun lalu, selepas 22 tahun hidup bersama.

Kris menyatakan kepada US Magazine, segala aksi dan lakonan mereka dalam rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians adalah disebabkan komitmen mereka terhadap rancangan tersebut serta keluarga mereka.

Sementara itu, Bruce mengatakan walaupun mereka sudah berpisah namun kedua-duanya masih tetap sayang dan hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Mereka mengatakan tiada dokumen penceraian direkodkan dan Bruce akan terus kekal muncul dalam rancangan realiti popular itu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak perempuan yang juga bergelar model komersial, Kendall Jenner, 18, dan Kylie Jenner, 16.

Oleh: AUDREY LEE



Tidak ada komentar:

Posting Komentar